Jawatan Kosong Tabung Haji

  1. SETIAUSAHA
  2. PENOLONG PENGURUS PENGIKLANAN DAN PROMOSI
  3. PENOLONG PENGURUS SYARIAH
  4. PENGURUS KANAN PERUNDINGAN, PEMBANGUNAN DAN SEKRETARIAT SYARIAH
  5. PENGURUS KANAN PEMATUHAN DAN SEMAKAN SYARIAH
  6. PENGANALISA KANAN KREDIT
  7. PENGANALISA KANAN EKUITI
  8. PENGURUS KANAN DANA EKUITI

Maklumat lanjut : Career

Advertisements

Cara Pendaftaran Haji Melalui KWSP / Tabung Haji.

company_logo_bm

Salam.

Bagi sesiapa yang ingin mengerjakan Rukun Islam kelima. Inisiatif dari KWSP sendiri yang membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan RM 1,300.00 dalam akaun 1 KWSP untuk membuat pendaftaran haji.

Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji. – KWSP

Ahli yang pernah mendaftar haji dengan mengunakan simpanan RM 1,300.00 dalam tabung haji juga boleh mendapat inisiatif ini (Pendaftaran Haji Ahli KWSP) tanpa mengubah tarikh giliran haji. Simpanan RM 1,300.00 dalam tabung haji tersebut akan dicairkan semula.

Ahli KWSP hanya perlu pergi ke mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP.

Syarat-syarat yang dikenakan oleh KWSP:

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Untuk rujukan lain boleh rujuk FAQ atau hubungi:

a. Maklum balas online melalui Enquiry
b. Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000
c. Mana-mana Pejabat KWSP

Tabung Haji Contact Centre
Tel: 03 – 6207 1919
Laman Web: www.tabunghaji.gov.my